RSS Feed for This PostCurrent Article

Mangsa kebakaran diberi bantuan

Barisan Nasional mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Sungai Pinang Besar petang tadi. Kebakaran kira-kira jam 10 pagi tadi memusnahkan sebuah rumah dua pintu.

bakar.jpg 

Terlibat dalam kebakaran ialah seorang ibu tunggal yang mempunyai 7 orang anak. Satu keluarga lagi ialah sepasang suami isteri yang mempunyai 3 anak. Salah seorang mangsa, Thilai Nayagi a/p Nadarajah memberitahu dia sedang tidur semasa rumahnya mula dijilat api. Dia terbangun apabila anak kecilnya menangis. Beliau sempat keluar dari rumah sehelai sepinggang. Ibu tunggal, Komathi a/p Shanmugam, sedang bekerja semasa kejadian berlaku. Kesemua anaknya tiada di rumah.

Saksi memberitahu pasukan bomba tiba kira-kira 30 minit selepas panggilan kecemasan pertama dibuat. “Mujurlah masa ini orang tidak turun ke laut,” kata Mat Desa, salah seorang penduduk Kampung Sg Pinang Besar. Penduduk kampung bergotong-royong memadam api sebelum Pasukan Bomba tiba.

kebakaran_spb.jpg

kebakaran_02.jpg

Bantuan berupa barang-barang keperluan harian, pakaian dan wang belanja disampaikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian, Dr. Azizah bt Johor di Dewan Orang Ramai Sungai Pinang Besar. Turut bersama beliau ialah Pengarah Pilihanraya DUN Pangkor, Encik Asmadi Teh, Encik Nagappan, Ketua Cawangan MIC Pulau Pangkor dan Encik Roslan Ahmad, Ketua Kampung Sungai Pinang Besar.

program01.jpg

program03.jpg

AddThis Social Bookmark Button




Trackback URL

Post a Comment